kerna singkatnya kehidupan
dan pantasnya masa lalu
aku tertanya lagi
jauh kedalam diri
hidup ini untuk apa sebenarnya?
kalau kematian itu sudah terlalu pasti
mengapa perlu dikejar dunia
yang terlalu sekejap untuk dinikmat

 

Rindu……. pada episod semalam yang terlalu pantas pergi
mengertak hati
hari ini dan esok akan jua seperti itu
dunia ini sebentar cuma
mengapa terlalu asyik pada persinggahan sementara
yg bakal ditinggalkan bila bila dan tiba tiba
lalu ku tertanya lagi
hidup ini untuk apa sebenarnya

Hiba…. satu demi satu
teman dan saudara telah pergi
kematian satu ketentuan yg bukan boleh dinafi

Jarak perjalanan kehidupan
dari rahim ke liang lahad
sesingkat tempoh laungan azan dan kalimah iqamah
dan hatipun terdetik lagi
hidup ini untuk apa sebenarnya.

Wahai empunya diri:
telah kau pilih jalan ini:
maka tetapkan tekad azammu, bulatkan tekadmu.
aturan Tuhan memang selalu ajaib untuk kau ragu.

telah kau pilih jalan ini:
maka syukuri ruang yang diberi,
berusaha sehabis dayamu
terokalah dunia semahu mahu
buatlah apa sahaja yang kau mahu.
tiada apa yang perlu kau ragu,
janji tuhan, usaha dan tawakkal. DIA lah Penentu.

wahai empunya diri,
setiap detik usia dan masamu punya harga tak ternilai
maka usah berlengah walau sesaat
usah teragak walau sedetik,
mulakan pecutan, berlari mengapai impian
langkah demi langkah, derap demi derap
bukankah perjalanan seribu tahun bermula dengan langkah kecil yang pertama.
wahai empunya diri,
bertangguh itu pembunuh kejayaan. maka bunuhlah kemalasan.
hidupkan kerajinan dan ciptalah kemanisan perjuangan.
bebaskan belenggu dalam jiwamu. cuma itu halangan terbesarmu..

wahai empunya diri,
berjanjilah padaku, bahawa detik ini akan mengubah hidupmu.
lepaskanlah semalam yang lara. marilah mengubah dunia. (yang sebenarnya didalam minda).
bukan masanya untuk berlengah (dunia bukannya tempat berehat, namun medan juang yang singkat)
Hiduplah pada setiap detik. kejayaan pada setiap ketika. bahagia bukan hanya pada hujungnya,
images (1)

 

wahai empunya diri.
dirimu bukan hanya milikmu, mereka juga punya hak atasnya.
erti hidup pada memberi sebanyak banyaknya
biar bukan pada banyaknya harta, tak perlu menanti punya kuasa.
setiap manusia punya fungsi dalam dunia. maka kenali perananmu. akui tugasmu.
berbaktilah sepanjang hidupmu. biar bukan untuk semua, namun memberilah pada mereka yang memerlukanya.

Wahai Empunya
marilah berjanji untuk hidup dengan lebih bererti!
Kembara Si lumpur
Kuala Terengganu
1 November 2016

Video  —  Posted: 1 November 2016 in KEMBARA SI LUMPUR

  • bukan kan pernah ku pesankan pada mu dulu,saat ku tanyakan padamu, mengapa jalan ini yang kau mahu?lalu jawabmu,
  • kerna diri ini terlalu rindu menadah kitab, menyelak buku, mengisi jiwa yang terasa dungu
  • lalu mengapa kini kau ragu-ragu?
  • bukan ragu cuma keliru, arah mana mahu terus di tuju? bukan kan itu sifatnya kalbu?berbolak balik tidak menentu ?
  • Bukankah kau tahu hakikat itu? bahawa cerita esok takkan pernah kita tahu .
  • Lalu, bagaimana mahu ku pilih takdir mana ditetap untukku?
  • Usahkau bimbang tentang itu,usahalah sehabis dayamu, rancanglah sehabis akalmu,namun tawakkallah, serahkan segalanya pada dia PEMILIK Jiwamu.Bukankah Hanya dia yang Maha Tahu, apa yang  terbaik untukmu?

 

Imej  —  Posted: 16 Disember 2015 in KEMBARA SI LUMPUR

moving-onSungguh, Semakin lama aku terasa semakin  tidak pandai (baca : Bodoh) akhir -akhir ini…untuk dua tahun ini, ketaksuban dan kegilaan aku terhadap kerja aku, buat aku tak peduli sangat pasal benda lain..hidup aku hanya pasal kerja..kerja.. dan kerja….aku rasa aku bukanlah workholic sangat, tapi semenjak dua menjak ni, baru aku sangat terasa yang aku cuma peduli tentang kerja jer sepanjang dua tahun ni.  aku tak spend masa untuk baca buku yang aku minat, untuk kaji n research benda benda yang aku rasa nak tahu… travel? ada lah sikit2 aku pegi, tapi itu pun atas urusan kerja… “love story” ??? memang taklah… explore news things? hangat2 tahi ayam jer.. bila sibuk dengan kerja aku lupa nak buat tu semua… Bosan??? selama aku kat sini , aku rasa aku tak pernah bosan dengan kerje aku.. kerja yang mmg aku rasa interesting nak buat…cuma rasanya tuhan  dah bagi aku petanda.. bahawa dunia ini masih terlalu luas untuk diteroka, kembara hidup baru bermula… get a life and move on!….

aku rasa aku menjadi manusia yang sangat malas seminggu dua nii! (ker dah Sebulan yer?) aku dah jadi manusia yang sangat tidak produktif ( aku tak maksud benda  lain okay!) ,bila time cuti jer aku bangun lambat,, main candy crush saga, layan game  bloody harry, tengok tv.. pastu chatting sekejap sekejap, pastu tido, adalah sikit2 aku kemas rumah, masak masak simple2, makan then tido! nak kuar rumah pun malas.  time kejer pun aku macam takder mood sangat nak kejer, datang opis, layan facebook, tgok wechat, wassup ( walhal aku bukan kaki chating pon), nak kata takder kerja…belambak boleh buat kalau rajin,  padahal program dah dekat, workplan bersusun. tak lama lagi dah nak sambung full time study, proposal master entah kemana hala entah, preparation??? entah aku rasa aku hidup tanpa tujuan hidup! walau aku tahu aku tak patut buang masa aku macam tu sajer dan gunakan setiap detik untuk improvekan diri sendiri, tak sedikit yang aku plan dan rasa apa yang sepatutnya aku buat untuk baiki cemerlangkan diri aku, but at the end im still not doing anything.

 

Keghairahan, keberahian dan kegilaan bekerja aku jugak dah tak seperti dulu, terutamanya selepas aku tukar unit & projek ni. aku harap sangat aku boleh dapat balik segala sprit,semangat dan enthusiasm  yang aku ada masa mula -mula kerja dalam bidang ni dulu tapi aku rasa aku dah makin dah tak minat, mungkin betul la kut, kerja ni macam kahwin, ia mungkin dimulai  dgn keghairahan dan kehangatan tetapi dihujungnya yang tinggal hanya atas rasa tanggungjawab.

Mungkin jugak sebab enviroment kerja sekarang dah tak se best macam dulu…aku rasa its time to move on, aku rasa dah patut beralih angin, berubah tempah, aku dah patut cuba hidup baru, kejar semula cita-cita , bina semula impian, explore dunia..aku harap aku dapat kumpul semula segala semangat, keghairahan dan keberahian aku tentang hidup! cuma…..  beranikah aku untuk tinggalkan comfort zone yang aku duduk skang ni?????

Move On BRo!

Posted: 21 Julai 2014 in KEMBARA SI LUMPUR

keep-calm-and-move-on-432-257x300

Sungguh aku percaya..aku manusia yang sangat mudah bertoleransi dan memahami..menerima kritikan dan penjelasan walau ada masa dan ketikanya aku memilih untuk bersikap autokratik dlm membuat keputusan ik (baca: ia cuma cara menerima nasihat dan pandagan dengan cara aku sendiri) namun ada perkara yang aku tidak boleh bertoleransi walau atas alasan apa sekalipun..tentang kronisme dan favoritisme…walau aku tahu ia sudah menjadi perkara biasa yang menjadi sebati dalam budaya ..dari sekecil-kecil jawatankuasa kampung hingga pemegang amanah tertinggi negara…dari kontrak kenduri kendara hingga tender berjuta-juta..namun sudah sampai masa membetulkan yang biasa..membiasakan  yang betul…walau apapun apa pun alasanya..memudahkan urusan atau menjaga hubungan namun untuk manusia yg berpegang pada prinsip integriti dan ketulusan.kesaksamaan dan keadilan..aku percaya..hak dan tanggungjawab untuk mendapat dan memberikan peluang yang sama rata pada semua perlu sentiasa dipelihara dan di jaga..

Posted: 18 Oktober 2013 in KEMBARA SI LUMPUR

ia bulan-bulan serta minggu-minggu yang tidak mudah untuk aku…
Kesibukan kerja yang melampau, jadual outstation dan travel yang benar-benar menakutkan..kursus, meeting, workshops, field visit, dan entah apa-apa lagi lah benar benar buat aku cukup letih…bayangkan untuk 2 bulan ni, aku cuma ada dirumah untuk 4 hari……work pressure.. khabar dan berita yang benar-benar aku buat aku rasa bagai patah kedua-dua kaki…. khabar yang memaksa aku menilai semula hidup…melihat dan merancang kembali masa depan yang tak menentu.. ditambah lagi kehilangan alat bantu ( baca:Smart Phone) secara tiba tiba… benar-benar buat aku terduduk…. saat ujian tuhan datang untuk mengingatkan diri yang sudah lama terleka… kembalilah beringat.. usah terleka dalam buai gebu zon selesa… susun semula strategi diri…

Cinta Si Botol Susu

Posted: 9 September 2013 in KEMBARA SI LUMPUR
OGOS 2010
hari ini kuhadiahkan sesuatu pada kekasih2 hati
maaf andai pemberian mengusik rasa atau terasa keji..
namun itulah yang lahir ikhlas dari si pemberi
yang punya makna tersendiri
walau sukar untuk dimengerti
kerna yang terlihat tak sama dengan yang tersembunyi..

teman…
pada dua tali itulah kugantungkan harapan
agar kau temui insan yang benar-benar ditakdirkan.
untuk mengajarmu erti kebahagiaan
agar lena tidurmu sentiasa dalam senyuman
bukan esak tangis yang berpanjangan
seperti mana kau tersenyum tatkala memandang
pemberian iklas dari seorang teman..

sahabat
andai kau katakan hadiah itu terlalu awal untukmu
mungkin benar, kerna hadiah itu untuk seorang ibu yang bakal lahir dari rahimmu
untuk dipakaikan pada cucu saudaraku yang aku pasti se……. neneknya..
mungkin terlalu jauh untuk itu..namun setinggi itulah harapanku…
setelah kau temui insan yang kau percaya dari rusuknya kau diciptakan
kuharap bahagia itu terus kekal untuk mu..

bagai sikecil dan botol susu pemberian ibu
yang diusung dan dikendong setiap waktu..
sibotol susu itulah penawar duka dan pengubat tangisnya
pada sibotol susu itulah gelak tawa teman setianya

setiap detik ia jatuh dan bangun
tatkala sedang belajar untuk bertatih dan mengenal makna kehidupan
sibotol susu itulah ilham dan insipirasinya.
saat gembira mahupun duka
botol susu tetap setia dalam dakapan
ketika sekecil merajuk hati membawa diri
botol kecil jua yang menemani
merawat resah memujuk hati
akhirnya sikecil terlena dalam pelukan sibotol susu.

pada sibotol susu itulah ku isi dan ku simpan makna ” KITA”
kerna pada besarnya makna sibotol susu pada sikecil

besar lagi makna “KAMU” untuk aku

Menangislah Wahai Permata

Posted: 2 September 2013 in KEMBARA SI LUMPUR

 

Menangislah wahai permata
petanda kita hanyalah manusia,
hatta Muhamad s.a.w juga berduka
saat kehilangan putera tercinta
siapalah kita melawan aturanNYA

Menangislah wahai permata
walau dalam juta ucap takziah, dalam ribu lafaz tabah
remuk redam dalam jiwa
hanya diri yang memahaminya

Menangislah wahai permata
petanda kita hanyalah hamba
yang lemah tiada daya,
yang ada hanya pinjaman Miliknya
tersembuyi hikmah dalam TakdirNYA
.
menangislah wahai permata
lepaskan segala-galanya,
cuma jangan biarkan sendumu terlalu lama

saat semuanya berlalu
sekalah air matamu,
atur semula langkahmu..
susun semula perjalananmu
hidup bermula pada setiap mentari pada pagi yang baru

sungguh kadang takdir tak terjangkau dek hitungan akal
tak tergambar dek kiraan rasa
cuma intailah kasih dan sayang DIA dalam mehnahNYA…

Kembara Silumpur
24 Rabiulakhir 1434H —