Hak istimewa orang melayu vs Kedudukan istimewa bumiputera- soal isi atau kulit, soal “content” atau “container”

Posted: 28 April 2011 in SIASAH
Label:

“Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

 (2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu……..

                                                                                       Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia


Perkara 153 perlembagaan persekutuan Malaysia bukanlah satu perkara asing dalam topik perpaduan Negara Malaysia, Perkara yang seringkali menjadi mangsa politik perkauman di sebuah Negara yang cukup bangga dengan nilai perpaduanya.

Dari pakcik-pakcik di parlimen sehinggalah datuk-datuk menteri di kedai kopi, perkara ini terus menjadi polemik yang tak pernah selesai. Bagi yang membangkang dan tidak bersetuju memberikan seribu satu alasan mengapa Perkara 153 ini perlu dinilai semula.Bagi yang menyokong pula memberikan seribu satu dalil mengapa perkara 153 ini perlu dipertahankan. Maka berperang dan berkelahi sesama mereka.

Soalnya, dari ramai-ramai yang beperang dan berkelahi ini, berapa ramai yang menilai perkara ini dari sudut pandang  rasional akal berlandaskan ilmu dan berapa ramai pula yang menilai dari persepsi hati berasaskan emosi? Dari sekalian ramai yang gegak gempita, berapa ramai yang benar-benar yang memahami isi dan berapa ramai pula yang mengerti pada kulitnya.

Salahkah andai menilai berdasarkan emosi?, kan itu fitrah manusia sejati, kita punya akal, kita juga punya hati. Silapkah andai mentafsir dari kulitnya, itukan “natural of law”. Insan menghukum pada yang zahir.

Salah Faham Menimbulkan Salah Laku

Bila ditanya pada pak menteri, mengapa semua ini terjadi, maka pak menteri pun menjawab dengan senang hati,” ini semua kerana masyarakat tidak memahami apakah sebenarnya perkara ini. Rakyat seringkali tersalah faham tentang konsep kedudukan istimewa ini, itu yang menyebabkan mereka berdemontrasi disana-sini. Soal yang jarang sekali untuk dinilai dan diperhati, mengapa salah faham ini boleh terjadi?

Bahasa Menunjukkan Bangsa

Apakah beza di antara babi dan juga khinzir? Maknanya serupa namun istilahnya berbeza, persepsinya juga berbeza, persepsi yang berbeza menimbulkan fahaman dan reaksi yang berbeza. Inilah perkara yang seringkali terlepas pandang atau dianggap remeh oleh segelintir daripada kita.

Apakah istilah yang digunakan dalam perlembagaan ini istilah yang tepat, maaf saya mungkin bukan seorang peguam @ pengamal undang-undang . saya Cuma menilai dari kacamata seorang rakyat biasa. Dan harus dingat bukan semua rakyat dan pengundi di malaysia adalah peguam yang maha faham bahasa undang-undang.

Persoalanya Apakah penggunaan istilah kedudukan  istimewa orang melayu dalam perlembagaan ini  adalah tepat.? Apakah istilah ini sudah merangkumi semua golongan bumiputera di Semenajung Malaysia. Terdapat 147 142 orang masyarakat orang asli di Semenajung Malaysia yang terdiri daripada 18 suku kaum dan mereka bukan orang melayu tetapi mereka adalah Bumiputera di Semenajung Malaysia. Apakah mereka termasuk dalam pendefinisian kedudukan istimewa ini?

Mengapa tidak digantikan sahaja istilah tersebut dengan istilah bumiputera yang lebih tepat. Dan sekiranya masyarakat memandang Perkara 153 ini rasic dan berat sebelah kepada satu kaum sahaja, ia bukan salah mereka sahaja, kulit dan “container”nya memang begitu.

Hukum Matematik Yang Salah

Satu  lagi kesilapan yang seringkali dilakukan secara sedar atau tidak apabila kita menyapu rata bumiputera dan melayu itu perkara yang sama, seperti kita menyamakan melayu itu islam dan islam itu melayu. Melayu itu memang sebahagian daripada bumiputera tetapi bumiputera bukan hanya ada orang melayu semata-mata, kalau dikutkan hukum matematik pun sudah salah, melayu=bumiputera tetapi bumiputer≠ melayu. Kan bercanggah kedua-duanya tu.

Salah Terang Atau Silap Dengar

Kita seringkali menyalahkan orang lain apabila  salah faham dan tidak  memahami kita tetapi apakah inisiatif yang kita lakukan untuk membetulkan salah faham?

Apakah perkara yang kita lakukan untuk menyakinkan kembali rakyat Malaysia bahawa Perkara 152 bukan tentang orang melayu semata-mata namun ia adalah untuk menjamin hak 43892 orang masyarakat Temia, 27448 masyarakat jakun di johor, 1843 masyarakat jahai dihulu perak dan beratus ribu lagi masyarakat asli disemenajung Malaysia serta masyarakat pribumi sabah dan Sarawak.

Penjenamaan Semula

Kalaulah ada yang mencadangkan agar Perkara153 perlembagaan persekutuan ini dinilai semula maka saya orang yang pertama akan mengangkat tangan bersetuju, persoalanya kemana arah tuju pindaanya?

Masalah Perkara 153 bukanlah banyak berkisar tentang soal isinya namun lebih menjurus terhadap kulitnya, terntang persepsi  dan pandangan masyarakat terhadapnya. Seandainya langkah perdana menteri menjenamakan semula konsep perpaduan serta konsep bangsa Malaysia melalui konsep 1 malaysia boleh diterima ramai maka Perkara 153 ini juga memerlukan langkah serupa agar tidak terus di polemikkan dalam kancah catur licik politik perkauman.

Menilai buku dari kulitnya?

Seorang penulis tidak boleh marah sekiranya orang tidak mahu membeli bukunya yang disifatkan baik isi didalamnya sedangkan kulit bukunya tidak cantik dan tidak menarik. Hakikat dunia memang begitu, sekiranya kita pergi kedai buku, kita akan membeli dan menilai buku berdasarkan kulitnya dahulu, dan bukanya menghabiskan masa berjam-jam untuk meneliti setiap baris isinya. Apa yang perlu dilakukan, adalah mencantikan kulitnya secantik isinya. Hatta itulah yang ditekan dalam islam keimanan dan ketakwaan juga kebersihan hati didalam diri dizahirkan dari akhlak islamiah yang terpuji.

Kita tidak boleh menyalahkan orang lain jika membuat keputusan berdasarkan persepsi kerna memang manusia lebih cenderung untuk membuat penilaian mengikut rentak hati dan emosi, mengapa perlu berlawan dengan hukum alam. Maka carilah jalan bagaimana mahu memenangi hati dan membetulkan persepsi itu..

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s