Subsidi- mengapa perlu sombong bila memberi.

Posted: 17 Mei 2011 in SIASAH
Tags: , ,

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima, namun adab memberi, tangan kanan menghulur jangan sampai tangan kiri tahu. Jauh sekali merasa bongkak dan sombong dengan pemberian yang hakikatnya milik Tuan empunya alam, apatah lagi ia dilaksanakan atas dasar tanggungjawab yang wajib untuk dipatuhi. Tanggungjawab  seorang ayah kepada anaknya,tanggungjawab pemimpin kepada rakyatnya.

Penyelarasan harga, penstrukturan semula subsidi atau apa sekalipun namanya membawa manifestasi yang sama, rakyat terpaksa berdepan dengan kancah krisis kenaikan kos hidup yang terlalu meyakitkan. Mungkin bagi golongan elit seperti dato-dato menteri, kenaikan harga barang dan bahan api sekupang dua bukanlah satu perkara yang penting dan signifikan  namun bagi jutaan lagi rakyat yang berpendapatan rendah, gologan petani, nelayan dikampung  hatta masyarakat bandar yang dihimpit krisis kemiskinan bandar, kenaikan harga, umpama satu lagi malapetaka yang menakutkan.

Lalu demi menjaga air muka, mencuci tangan membenarkan tindakan, maka pak menteri memberikan seribu satu alasan, skema  jawapan yang biasa, kenaikan harga diperingkat global, atau mahu menyalurkan kewangan untuk projek pembangunan yang lain seolah-olah membantu rakyat ini satu bentuk pembaziran. Alasan terbaru yang cukup kelakar, bila harga gula mahal, makan rakyat kurang dapat penyakit darah tinggi kurang sikit kos nak bayar doctor kat Hakikat yang tersirat kerajaan sudah tidak ada duit untuk menampung subsidi ini, ada masalah dalam pengurusan sumber pembedaharaan Negara.

 Lalu diungkitlah segala macam jasa dan dan pertolongan kerajaan kononnya hanya Negara kita yang memberi subsidi dan kawalan harga. Lalu diuar-uarkanlah nilai susbidi yang TERPAKSA ditanggung kerajaan. Subsidi baja untuk petani, subsidi minyak untuk nelayan, subsidi gula untuk rakyat. seolah-olah mereka ini pengemis yang menyusahkan dan membebankan. Terlupakah mereka betapa  dari titik keringat petani dan nelayan inilah mereka mampu menikmati hidangan enak yang disajikan atas meja makan mewah pak menteri.Menariknya mereka ini tidak segan-segan, mendabik dadalah merekalah pemipim yang baik, bapa yang mengasihi anaknya.

 Bukan rakyat tidak faham tentang kenaikan harga barang barang peringkat global, bukan tidak mengerti bahawa harga minyak ada turun naiknya, rakyat juga tidak menyalahkan 100% kerajaan  atas kenaikan harga barang, namun penjelasan sombong dan bongkok pak-pak menteri ini yang menyifatkan susbsidi ini satu bebanan dan pembaziran walaupun secar tidak langsung satu perkara yang tidak dapat diterima. Kalau benar  pempimpin iti umpama bapa dan rakyat itu umpama anak,Bayangkan hati seorang anak apabila dialog seperti dalam drama  ini kedengaran, “ ko ni memang anak yang menyusahkan, mengabiskan duit mak bapak saja, dah berjuta-juta duit aku habis kat ko. lebih baik aku pijak sampai mati kecik-kecik dulu.

Bukanlah mengharap agar kerajaan mengakui bahawa ada masalah dalam perbelanjaan duit Negara, namun adakalanya sepatah perkataan maaf atau penjelasan dengan rasa rendah diri sudah cukup untuk melegakan hati rakyat berbanding seribu satu alasan dengan rasa bongkok dan sombong dengan ungkitan  jasa yang ditaburkan  yang hanya akan menambah garam pada luka.

Ini ritihan seorang ayah yang jua seorang nelayan
Yang sedang berjuang di  tengah lautan
Dengan hanya mendayung sampan
kern enjin bot yang kekeringan

Lantaran harga minyak yang menekan
Dan inflasi yang semakin membeban
Bukan mencari kekayaan berkoyan-koyan
Namun cukuplah sesuap nasi untuk anak yang kelaparan
Komen-komen
  1. meble klasyczne berkata:

    Oh my goodness! Incredible article dude! Thank you, However I am
    going through problems with your RSS. I don’t know the reason why I cannot join it. Is there anybody else getting the same RSS problems? Anyone that knows the solution will you kindly respond? Thanx!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s