Wajah Matang Politik Kita(Versi 1) bahagian 1& 2&3

Posted: 10 Julai 2011 in SIASAH
Prolog
ini kisah dari luar negeri
bukan tentang orang sini
maka jangan ada yang terasa hati
namun sama-samalah mengingat mati
 
dari dulu sampailah kini
rupa politik kita masih begini
kutuk mengutuk, maki memaki
tuduh sanah, tuduh sini
bedak fitnah masih mewarnai
prinsip Machiavelli masih mendasari
24 jam asyik bergaduh sesama sendiri
kalah budak-budak main guli
 
bila remaja dah tentu arah
pandai pulak hangpa nak marah
yg depa asyik bertelagah
ada kita kisah
 
video pornografi dan seks luar tabie
hah! inilah yang kita nanti-nanti
isu maha penting perlu dibincang pak menteri
mahupun pakcik-pakcik dikedai kopi
 
anak bangsa yang sudah lupa diri
tersasar jauh dari jalan ilahi
langsung tak ambil peduli
bila dah sibuk jaga punggung sendiri
 
tak cukup kafir-mengkafir sesama sendiri
main sumpah pula dengan nama ILahi
tak cukup saksi
ulamak pun mahu diheret sekali
nas yang menyokong parti
pakat-pakat junjung tinggi
firman yang terkena batang hidung sendiri
di halau jauh ditolak ketepi
 
nilah jadi bila hukum agama menjadi alat
bukan lagi menjadi matlamat
 
soal hudud dan islam hadhari
yang tu pun nak berkelahi
apa salah seiring sejalan duduk sama,berdiri sekali
kembali mengapai Rahmah ILahi
di negara yang sudah tandus akhlak islami
 
bila nurani akal dibayangi taksub kepartian
bila nurani hati ditengelami fanatik kumpulan
maka terpisahlah hikmah ilmu dari keimanan
 
inilah wajah politik
negara demokrasi yang kita sayangi
inilah rupa siasah
negara islam yang kita banggai
 
jangan bicara tentang negara islam maju berpendapatan tinggi
kalau bab politiknya
hah nak bercakappun naik geli
maklumlah negara islam maju acuan sendiri
majunya tidak ,islamnya jauh sekali
 
BAHAGIAN 2
 
Pada yang sudah patah hati
Tak mahu lagi mengambil peduli
Kemana mahu berlari
Soal siasah ini
Fardu kifayah tuntutan ilahi
Mahu tak mahu wajib kita hadapi
 
Berhenti menyalahkan keadaan
Sudahlah-sudahlah memberikan alasan
Kononnya politik ini sememangnya keji
Soal siasah ini tak pernahnya murni.
 
Tatkala Muhamad al amin mendirikan piagam madinah
Saat Umar Abdul Aziz menjadi khalifah
Itu juga politik dan siasah
Tak pula dikatakan jijik dan salah
 
Siasah ini suci sifatnya
Politik ini murni tujuannya
Yang keji dan yang kotornya
Hanya tangan2 manusia yang mencoraknya.
 
BAHAGIAN 3
 
Rupanya tak semuanya lena
Tak semuanya masih leka
 
Sudah ramai yang mula mengerti
Politik kita perlu transformasi
Siasah kita perlu revolusi
Kembali pada fitrah yang suci
 
Kita tinggalkan taksub kepartiaan
Kita benamkan fanatic kumpulan
Kembali kepada model politik bepaksikan kebenaran.
Bertunjang hikmah bersulamkan keintelektualan
 
Tanggalkan pakaian politik perkauman
Semai kembali nilai ketelusan dan keadilan
Hormati Semua Manusia Selayaknya Sebagai insan
Kepimpinan itu, amanah dari Tuhan.
 
Kita pancung politik licik dan politik lucah
Tegakkan politik bersih dan bermaruah
Kita humbankan politik biadap penuh emosi
Biar matang, BerAdab, penuh harga diri.
 
Walau jalannya payah
Biar laluannya susah
Kalau dirasakan tidak berpijak pada bumi yang nyata.
Melawan arus seluruh dunia
Kewajiban menegakkan yang hak tak pernah tidak ada.
.
Pesanan ini untuk diriku juga semua.
Semoga Politik Aliran Ketiga
Bayangan Pahrol Mohd Juoi dan Dr.MAZA
Akan segera terlaksana.
 
Idea dan ilhamnya sudah dipenuhi
Method dan manhajnya perlu segera di isi
Jawapanya, kembali kepada Sunnah dan Sabda Nabi
Al-quran Kalam Daripada Ilahi
Syariat Islam,Agama yang direstui
 
23.33
8 Syaaban 1432 Hijrah
9 Julai 2011
KEMBARA SILUMPUR

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s