Pesan diri pada diri

Posted: 18 Disember 2011 in KEMBARA SI LUMPUR
Pesan diri pada diri
pada ulang tahun hari kelahiran diri..
 
wahai empunya diri
saat dirimu sudah menjengah hampir separuh perjalanan usia..
muhasabah  kembali  sejenak rasa
kembalilah  mengatur kehidupan
menyusun semula perjuangan
 
wahai empunya diri
rancanglah hari esokmu dengan apa yang ada di tangan
bukan apa yang ada dalam bayangan
hidup jangan selalu berangan -angan
namun perlu ada matlamat dan tujuan
impian jangan tinggal sekadar impian
namun aturkan langkah membina jalan.
 
saat rintangan tiba dihadapan
usah terlalu mudah mengubah haluan
melarikan diri  mencai alasan
namun tatihlah ia menjadi tangga-tanga kejayaan
 
namun ingatlah
sedang diri gigih menetap tadbir insan
sujud dan tawakallah pada tadbir tuhan ..
 
 
wahai empunya hati..
saat diri resah,pada usia ini
mengapa diri masih tidak kemana-mana
sedang yang lain sudah berlari mencipta nama
hidup ini masih terlalu lama
walau kematianmu sehampir kerlipan mata
peganglah pada pepatah pujangga
 
beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari
namun bekerjalah  kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi..
 
maka
singkaplah makna kehidupan
di sepanjang kembara usia dirimu
terokai seluas-luasnya rahsia alam ciptaan tuhan
di seluruh perjalanan  waktu umurmu
 
usah dikesali pada semalam yang telah tiada
tiada apa yang boleh kau ubah padanya
usah dikhuatiri pada esok yang belum tiba
ada hikmah mengapa takdir itu tertutup oleh rahsiaNYA
agar kau lebih berani untuk terus meneroka umur pemberianNYA
setiap hamba tuhan itu bebas merdeka
untuk mengejar impian dan cita-cita.
 
wahai empunya akal dan minda
saat kau sudah merasa sedikit lega
dengan apa yang kau ada
usah berhenti berusaha
untuk keluar dari zon selesa
ingat selalu amaran rasul junjungan tercinta
 
” berhagialah barangsiapa yang hari ini lebihbaik dari semalam namun  celakalah barangsiapa yang hari ini lebih buruk dari semalam”
 
maka berusahalah agar hari esokmu lebih baik dari hari ini.
 
wahai empunya hati.
usah bimbang saat diri itu kerdil dihadapan insan
namun khuatirlah jika dirimu tidak dipandang di mata tuhan
 
mengertilah
bahawa makna hidup ini terlalu berharga
untuk kau titipkan pada pangkat, harta dan nama
kerna ketenangan dan bahagia
tidak terletak pada ketiga-tiganya.
 
wahai diri yang hina
fahamilah
saat ini usiamu  sudah semakin berkurang bakinya
bukan masanya  lagi untuk terus terleka
umurmu hanyalah pinjaman dari yang Maha Esa
entah bila akan diambil kembali padaNYA
 
namun ketahuilah
biarpun hidup disini hanya sementara
namun cantikkanlah kehidupan dunia mu
demi keindahan  syurga akhiratmu
kerna pesan hukama
 
“dunia ini umpama ladang tanam -tanaman untuk bekalan hari  akhirat, maka suburkanlah ladang-ladangmu kerana hanya dari ladang yang subur , kau akan perolehi hasil yang terbaik untuk bekal menuju tuhan”
 
wahai  diri
 walau setinggi mana gunung yang kau daki
walau sedalam mana lautan kau selami
ingatlah bahawa kau masih si lumpur yang sedang mengembara
di dunia yang fana
mencari redha Tuhannya
 
 
7 disember 2011
si lumpur
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s