kerana mereka bukan perdana menteri

Posted: 25 Februari 2012 in KEMBARA SI LUMPUR
Kerana mereka bukan perdana menteri
 
ini cerita hari-hari di stesen ktmb
kisah tentang orang ramai yang sentiasa menanti
kereta api yang sudah padat berisi
bukan tentang rutin hidup perdana menteri
maka usah terlalu ambil peduli
 
kali ini kereta api tiba lagi
tapi jangan sesekali bermimipi untuk dinaiki
penuh padat dan sesak hingga ketepi
mana mungkin untuk disumbat lagi
ah menantilah  lagi untuk kesekiaan kali
dengan rasa bahang dihati
terlepas lagi kali ini..
 
ahhhhhh
mengeluh lah lagi
ada resah dalam setiap wajah yang menanti
memikirkan mereka- mereka yang sudah menanti
kepulangan di stesen kereta api
atau bos yang sudah mencari
alasan apa perlu diberi nanti
takkanlah Train lewat tiba lagi
 
bila train sudah tiba
maka saat kesabaranpun sudah semakin tiada
bersama terbangnya  kesopanan dan budi bahasa
maka bergasaklah sekalian manusia
rebut merebut, tolak menolak, celah mencelah, maki memaki
itulah drama setiap petang dan setiap pagi,
setiap hari..di stesen komuter ktmb..
 
dalam gasak dan tolak manusia
rupanya  ada sibu tua berkaki tempang
terkial –kial menepis dan mengasak dengan tongkat ditanganya
merebut peluang yang ada
itu sahaja yang terdaya
katanya..
semua orang perlu berusaha
dia bukan perdana menteri sebuah Negara
punya escort untuk mengawal dan melapangkan jalannya.
 
 
Dalam gasak dan tolak manusia
Ada si buta yang istimewa
Tersenyum tenang wajahnya
Bisiknya
Tidak mengapa terpaksa berebut dan bersesak seketika
Asalkan dapat masuk sudah syukur baginya..
 
Setelah puas bersabung nyawa
Dapat juga ruang menyelitnya
Namun sengsara baru bermula
Didalam gerabak  lain pula ceritanya
 
Dalam sesak dan padat insan
Ada anak kecil yang sedang menangis kelemasan
Dalam himpit yang melemaskan
Walau tangisnya tidak sesayu
Hati ibu yang hanya mampu memandangnya
 
“  maafkan ibu, ibu bukan perdana menteri sebuah Negara, perlu diberi perkhidmatan kelas pertama.
 
Dalam sesak dan padat insan
Ada si ibu muda yang sedang sarat kepenatan
Setelah bekerja seharian
Tak bolehkan diberi sedikit ruang
Untuk bernafas dalam tenang
 
Dalam sesak dan padat manusia
Ada insan yang sudah mencapai usia bersara
Tersengguk senguk menahan kantuk
Apakan daya ini sudah rutin harianya
Entah bila akan akhirnya..
 
Dalam sesak dan padat insan
Ada anak muda yang sedang kelaparan
Sesudah mengikat perut seharian
Berharap kereta api segera sampai
Agar segera bertemu si ibu yang  sudah menyediakan makanan
 
Dalam sesak dan dan padat insan
Ada insan yang kepeningan
Menahan loya dan sakit kepala yang beterusan
Demam ini belum kebah seharian
Aaah perjalanan ini terlalu menyiksakan..
 
Dalam sesak dan padat insan
Ada ramai lagi yang sedang kesengsaraan
Yang tak mampu kuceritakan kesuluruhan
Apakan daya kita tidak punya banyak pilihan
Demi sebuah rezeki kehidupan
Terpaksa kita terima dan kita telan…
 
 
Kalau ayam direban perlukan ruang
Kambing dikandang perlukan lapang
Kita Cuma manusia yang perlu disumbat
Biar rapat biar padat
Harga tiket berapalah sangat
Mahu diberi diberi sejuta nikmat
 
 
Dalam pada itu
Ada perkara yang boleh kita bangga
Khidmat kereta api bertaraf antarabangsa
Dari india hingga  kesumatera
Semuanya dapat kita rasa
Dari Filipina hingga ke Afrika
Semua Negara kita teroka
Kemudahan kita bertaraf dunia
Nikmatnya kita kongsi sama rata
 
 
Bukan tidak ada yang mengeluh
Bukan tidak ada yang mengadu
Namun mungkin kerana mereka bukan perdana menteri
Penat dan lelah mereka tidak perlu diambil peduli
Masa dan sengsara mereka bagai tidak punya erti
 
Bukan tidak bersyukur dengan kemudahan yang diberi
Jauh sekali menderhaka pemerintah yang disegani
Sekadar bercerita bercerita kisah hari-hari
Setiap petang dan pagi
Di stesen –stesen ktmb
 
 
 
 
Kembara silumpur
Rawang-Bank Negara
Oktober 2011-febuari 2012
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s