Tentang hidup, tentang haluan, tentang lost, tentang berubah, tentang apa yang kau cari. bla..bla…bla..LATEST VERSION

Posted: 7 September 2012 in KEMBARA SI LUMPUR

sungguh aku jarang kali bercerita tentang ini. tentang misteri perjalanan hidup aturan Tuhan yang terlalu sukar untuk difahami.. lalu bagaimana mahu aku tamsilkan pada bilah kata sedang hati pun terlalu payah untuk memahami…

dalam hidup ini, apa yang sebenarnya kau cari?

aku kira aku sudah? atau mungkin masih sedang berdepan dengan fasa ini..orang kata semua orang akan alami, saat diri mula berfikir tentang apa yang sebenarnya dicari dan dikejar dalam hidup.. nak kumpul harta cepat-cepat, nak beli rumah, nak kahwin, nak invest situ sini senang cerita ..nak jadi kaya cepat  nak duit banyak atau mungkin kalu bahasa orang belajar tinggi-tingi, income stability, or financial freedom , itu yang depa kata la..

Ada yang rasa nak jadi popular, nak kEnal orang-orang besar, nak jadi orang besar, nak hidup macam orang-orang besar..dari golongan pertengahan nak jadi golongan elit….

di hujungnya, aku baru sedar, yang tak salah nak jadi kaya, nak kumpul harta, nak jadi golongan elit. cuma, ada banyak lagi perkara yang berharga yang ada disekeliling kita, lebih besar nilai dan maknanya banding jadi kaya, cuma kita tak perasan sebab bayang kling-kling dah tutup mata kita.cuba kuih sikit bagi jelas sikit biji mata.

benda ni bukan aku yang cakap, semua ahli falsampah barat ka, ahli motivasi ka ustad-ustad ka pun dah cakap, money is not everything, semua orang pun duk cakap tetapi untuk aku (termasuk hangpa okay) nak betui-betul faham,realize dan mengakui, tak semua orang di beri peluang untuk sedar dan memahami.

dr maya aku cakap, ada dua jenis golongan manusia yang bekerja: 1 yang bekerja untuk cita-cita (duit, gaji,impian dll), 1 lagi adalah yang bekerja untuk Makna..jadilah pilihlah yang mana suka

ayah juga pernah pesan jangan sesekali jadi hamba duit

ada jugak yang orang yang rasa nak jadi orang yang banyak ilmu… dok kelek buku kesana kemari…kononnya darjatnya maha tinggi bila tahu lebih sedikit dari orang lain…nak2 pulak baca buku omputih harga ratus2 karangan ” pemikir barat” yang agung. buku orang sendiri nak pulak yang berbahasa melayu memang x layan la kan.. rasa x berapa nak best la kan..rasa macam tak berapa gah banding baca tulisan mat saleh dalam bahasa global katanya..

kalau mahu sembang, nak sembang dengan orang yang tinggi inteleknya saja, yang baca buku macam aku, kalau takat baca akhbar kosmo pagi-pagi, bukan the star, tak payah nak cakap lebih-lebih, ko tak layak nak judge aku..hang bercakap bukan atas landas fakta tapi atas dasar emosional, prejudis bla.bla.bla.. kataya…

Sungguh Aku harap Kita tidak menjadi seperti itu, aku ingat lagi pesan cikgu maya aku…

Dosa Iblis Yang terbesar bermula, apabila dirinya merasa sedikit lebih dari adam lain..

maka berhati-hatilah saat diri sudah merasa lebih baik dari orang lain, takut kita jadi lebih angkuh dan bongkak dari iblis

ilmu ibarat air, yang mengalir dari tempat yang tinggi ke lembah yang rendah, maka jadilah dirimu serendah mutiara di lautan.

LOST
dalam banyak-banyak cita-cita, ada yang kita capai ada yang tidak..tapi bila dah dapat, tiba-tiba kita tanya balik diri kita betulkah ini yang dicari? kenapa hati rasa macam masih ada yang tak kena

lagi teruk bila semua yang kita harap dan rancang tak jadi apa-apa.kedepan pun tidak kebelakang pun tidak, kita tak tahu kita sedang buat apa, ikut sahaja, tak tau nak pi mana, apa yang nak dikejar, nak dicari .. ini orang kata lost..kadang kadang sekejap sahaja, kadang-kadang bertahun-tahun sampai mati..

Penasihat aku kata, ia perkara normal, semua orang akan rasai kecuali orang gila, jadi jangan kelam kabut, just follow the flow.

MULAKAN HIDUP BARU, LUPAKAN YANG LALU?
ini perkara yang selalu kita buat bila berlaku perubahan fasa hidup, dari zaman sekolah rendah kesekolah men. dari zaman sek kezaman univesiti, dari zaman belajar ke zaman kerja. kita akan penuh bersemangat untuk mula yang baru, kalau boleh padam kita akan padam segala yang lama, kita nak putuskan segala hubungan dengan yang lama, jangan hidup dalam bayang-bayang silam katanya, nak pula yang perit2, kawan rapat 5-6 tahun pun kita dah tak contact dah, awek or pakwe yang dulu jenuh dok jaga n take care pun kita dah tak mau ambil peduli, senior-senoir, junior -junior cikgu-cikgu, kawan susah senang pun kita lost contact entah kemana,

kita bagi alasan semua orang dah ada haluan hidup masing- masing, sibuk dengan kerja,dah kahwen ada anak bini bla..bla..bla tiba-tiba Malaysia yang cuma sekangkang kera boleh jadi sejauh planet marikh dengan pluto, payahnya nak kekalkan sillaturahim..walhal kalau hati betul betul nak, tak jadi masalah semua tu, zaman dah canggih apa.

Sungguh Aku pun buat silap besar yang serupa, dalam keghairahan nak mengejar hidup didepan aku lupa nak menghargai apa yang aku ada. sampailah Terjadi satu peristwa yang buat aku tefikir, cuma dalam masa sekelip mata, aku tak kan ada lagi kesempatan untuk ucapkan terima kasih untuk semua..sapa tahu esok lusa kita kat mana?

dari situlah, aku cuba contact balik kawan lama yang ada, setakat kemampuan yang ada, bertanya khabar sekurang-kurangnya, update yang mana boleh, ambik tahu yang mana sempat, jenguk balik cikgu -cikgu yang aku derhaka 4-5 tahun tak menjeguk muka.

jadi kalau ada yang aku contact tiba-tiba, jangan pulak tekejut beruk, macam jumpa 7 keajaiban dunia, aku belum buang tabiat…sungguh aku harap aku belum buang tabiat, agaknya..Cuma DIA sedarkan aku dari terleka, untuk lebih hargai apa yang ada sebelum kehilangan yang tiada gantinya.

islam jugak pernah pesan pada kita untuk menjadi kaya dan bahagia maka hubungkanlah sillaturahimnya, nak tahu sebabnya? pandai-pandailah mengaji sendiri.

aku harap KITA takkan buat silap sama macam aku

MANUSIA AKAN SENTIASA BERUBAH
ini falsampah paling rimas aku dengar.manusia boleh berubah.Benar sepanjang perjalanan hidup manusia akan sentiasa berubah, ada perubahan yang baik, ada perubahan yang tidak berapa baik, kalau dulu pendiam sekarang lebih ceria, kalau dulu lemah sekarang sudah kuat, atau sebaliknya..

tetapi seringkali falsampah ini digunapakai sebagai alasan untuk tidak lagi menerima tegur dan nasihat, sebagai alasan untuk membiarkan dan menerima buruk laku dan sifat seorang sahabat kononya, manusia boleh berubah.

Tetapi aku kira ada had dan batasnya dalam perubahan diri manusia, yalah, kebebasan pun ada batas, sama seperti perubahan. perubahan,kemajuan malaysia atau apa sahaja istilahnya perlu tetap menjadikan malaysia adalah malaysia, akar budi dan jati diri malaysia bukan negara lain. begitu juga manausia, saat perubahan sudah menjadikan kau bukan lagi kau, aku bukan lagi aku, maknanya ada sesuatu yang perlu direnung dan dilihat kembali, itu bukan perubahan tetapi suatu pembunuhan dan penyamaran diri. lebih baik tukar nama dan ic, lagi menyenangkan hati.

Doa aku diam-diam dalam hati. Moga kita tidak Hilang Diri.

P/s: 1) sungguh aku kurang suka entri ini, caca merba sungguh
2) aku rasa cara aku melihat hidup takdelah Complicated sangat dok?

 

sambung lain kali

 

 

Tentang haluan, tentang lost, tentang berubah, aku sambung post lain…
p/s caca merba betul aku menulis…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s